KENYATAAN MEDIA:
๐ฆ๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐จ๐ง๐๐ฃ๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐๐ง ๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐๐ฅ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐
1. Sukacitanya diumumkan bahawa PEMBELA ingin mengumumkan jumlah kutipan bagi ๐ง๐ฎ๐ฏ๐๐ป๐ด ๐๐ถ๐น๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐น๐ฎ ๐ฅ๐ถ๐ฑ๐ฒ๐ฟ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐น๐ถ๐บ๐ฎ๐ต ๐๐น๐น๐ฎ๐ต yang telah digerakkan pada tarikh 12 Jun 2021, jam 4.30 ptg – 8.30 malam adalah berjumlah ๐ฅ๐ ๐ณ๐ด,๐ฑ๐ฌ๐ฌ.๐ฌ๐ฌ.
2. Pihak PEMBELA telah menyerahkan kutipan sumbangan orang ramai itu kepada Pengerusi Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) iaitu Saudara Zulhelmi Mansor yang mewakili rider-rider; Orang Yang Disyaki (ODYS).
3. Atas persetujuan bersama dan selaras dengan yang dijanjikan, cek RM5,000 (jumlah RM25,000.00) telah diserahkan untuk setiap rider yang ditahan bagi kegunaan segera kebajikan mereka manakala sebanyak RM15,000.00 diserahkan kepada persatuan mereka bagi agenda membela rider-rider pada masa akan datang.
4. Lebihan wang akan diuruskan oleh persatuan tersebut melalui pantauan peguam pihak ketiga selaku pemegang taruh (stakeholder) dan pihak PEMBELA bagi menjamin integriti kegunaan dana ini.
5. Dana ini amat penting kerana kes ini masih belum tamat kerana mereka ini masih belum melalui proses mahkamah, dan ianya pastinya proses yang panjang berdasarkan pengalaman kami selama ini.
6. Proses yang panjang di mahkamah ini biasanya akan menjejaskan pendapatan rider ini kerana perlu kerap naik turun mahkamah dan pekerjaan harian mereka pasti tergendala. Ini juga sebagai persediaan jika mereka dikenakan saman atau tuntutan ganti rugi kelak.
7. Perlu dijelaskan bahawa kutipan dana ini bukan untuk bayar wang tahanan reman sebagaimana yang didakwa oleh pihak polis tetapi difokuskan untuk wang jaminan mahkamah, jika sekiranya mereka didakwa. Jelas, pihak polis sudah tersalah faham dan keliru yang menyebabkan pihak polis membuat laporan polis.
8. Ini bukan kali pertama PEMBELA menguruskan kes sebegini, maka kita yakin dana ini sangat bermakna bagi rider-rider kita ini.
9. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan padu membantu mereka ini. PEMBELA akan terus memberikan komitmen dalam agenda membela Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Hj. Aminuddin Yahaya
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
15 Jun 2021
Tuliskan maklum balas atau komentar
You should Sign Up account to post comment.
or