Petisyen kepada

Isu Jawi: Tidak perlu ikut cakap Dong Zong tentukan dasar sekolah kerajaan


Isu Jawi: Tidak perlu ikut cakap Dong Zong tentukan dasar sekolah kerajaan
891 view

BARU-BARU ini di akhbar-akhbar Cina, dilaporkan bahawa Dong Zong menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) membatalkan kajian soal selidik berkaitan pembelajaran Jawi dalam buku teks Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Kenyataan mereka itu turut menyatakan, Dong Zong dan pemimpin mereka setiap negeri sudah pun membincangkan perlaksanaan kajian soal selidik modul pembelajaran Jawi yang diarahkan oleh KPM.

Isunya di sini ialah, pertama, sejak bilakah dasar-dasar di SJKC milik kerajaan perlu mendapat persetujuan Dong Zong? Tidak cukupkah Dong Zong mengawal rangkaian sekolah-sekolah swasta Cina yang melaksanakan sistem sendiri yang sudah sekian lama mengabaikan hala tuju pendidikan kebangsaan?

Keduanya, bukankah isu pembelajaran tulisan Jawi ini sudah lama selesai? Bukankah mereka pernah akur bahawa tulisan Jawi ini bukan agenda Islamisasi selepas siri-siri penerangan kerajaan dengan pihak mereka? Mengapa kini mereka ‘bising’ kembali? Apakah selama ini mereka berpura-pura sahaja seperti sudah ‘bertaubat’ selepas berdepan kemarahan rakyat?

Ketiga, bukankah Dong Zong selalu menggunakan hujah SJKC sudah berbilang kaum, di mana orang Melayu dan India pun kononnya sudah ramai ke SJKC, untuk menjustifikasi kewujudan SJKC? Jika begitu, mengapa tidak boleh SJKC mempelajari matapelajaran Bahasa Melayu yang lebih tinggi standardnya, iaitu berserta tulisan Jawi yang merupakan tulisan Bahasa Melayu juga sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9: Akta Bahasa Kebangsaan?

Walaubagaimanapun, saya tetap berpendirian bahawa lebih baik SJKC dijadikan SK kerana secara logiknya, mengapakah kerajaan perlu bersusah payah ada dua sistem, silibus yang berbeza? Ini satu pembaziran, ‘double standard’ dan menjauhkan lagi anak-anak dari identiti nasional.

Jika mahu sistem lain yang kerajaan tidak boleh masuk campur, maka buatlah jadi swasta sahaja. Kenapa mahu dana kementerian, tetapi mahu kementerian hanya jadi tuli sahaja.

Agak menghairakan, mengapakah isu ini tidak mendapat liputan langsung oleh media-media arus perdana? Apakah Dong Zong hanya mengedarkan kenyataan media mereka ini kepada media-media Cina sahaja sebagai suatu langkah strategik supaya tidak diketahui oleh rakyat secara umumnya yang tidak faham bahasa Cina?

Saya harap agar kerajaan jangan berlengah lagi, apa yang dipersetujui dan diputuskan, laksanakan sahaja kerana ini bukannya suatu penzaliman atau penindasan pun. Jawi adalah antara tulisan bahasa kebangsaan, milik kita semua.

Aminuddin Yahaya Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA 3 Februari 2021

February 5, 2021

23 telah menyokong

Wireframe avatar loader Wireframe avatar loader Wireframe avatar loader Wireframe avatar loader Wireframe avatar loader Wireframe avatar loader

163 telah menyumbang

Wireframe avatar loader Wireframe avatar loader Wireframe avatar loader Wireframe avatar loader Wireframe avatar loader Wireframe avatar loader
Petisyen Kepada

Updates

More updates...
PEMBELA mulakan petisyen ini
2 years lalu

6 Komentar

PEMBELA
PEMBELA

test

Rohasiah@Roshasiah Binti Said
[email protected] Binti Said

Saya sokong potisyen ini

Kamaruddin bin abdul shatar
Kamaruddin bin abdul shatar

Menolak dari diambil oleh bank negara

Kamaruddin bin abdul shatar
Kamaruddin bin abdul shatar

Saya menolak sama sekali dari bank negara megambil alih

Mohd Arifkham bin Abdul Rahman
Mohd Arifkham bin Abdul Rahman

Jawi adalah tulisan warisan negara kita. Siapa yg tinggal mesti tahu dan memahami tulisan jawi.

MOHAMED NASAR BIN GHOSE MOHAMED
MOHAMED NASAR BIN GHOSE MOHAMED

Percaya hanya 1 sistem pendidikan kebsngsaan yg mampu mewujudkan perpaduan dan semangat cinta Bahasa Kebangsaan kita.

Tuliskan maklum balas atau komentar

You should or account to post comment.

23 telah menyokong
49,977 diperlukan untuk mencapai 50,000
By signing, you accept Campoal’s Terms of Service and Privacy Policy, and agree to receive occasional emails about campaigns on Campoal. You can unsubscribe at any time.