Kejadian penghinaan kepada kalimah Allah yang berlaku di Sungai Way, Petaling Jaya tempoh hari memberi indikator jelas kepada kita semua.
Seorang anak muda bukan beragama Islam, mempermainkan kalimah Allah SWT manakala di suatu sudut yang lain beberapa orang anak muda beragama Islam, mempertahankan maruah kalimah terbabit.
Sepatutnya hal ini secara jelas membuktikan untuk memastikan negara kekal harmoni pada masa mendatang, semua pihak selain beragama Islam sepatutnya DILARANG daripada menggunakan kalimah Allah yang disalahertikan dalam apa jua bentuk dan cara.
Semoga kejadian tempoh hari menjadi bukti jelas dalam kes rayuan berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang akan berlansung nanti. Kebenaran penggunaan nanti akan mencipta ketidakharmoniaan serta akan menyebabkan lebih banyak salah faham antara semua rakyat Malaysia
Dalam masa yang sama, PEMBELA akan tetap memastikan anak muda rider Foodpanda yang telah ditahan itu mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Nor Aizat Rahimi
Ketua Kluster Belia PEMBELA
Tuliskan maklum balas atau komentar
You should Sign Up account to post comment.
or