PEMBELA dan NGO-NGO Islam terkenal dengan peranannya menangani isu-isu aqidah dan menjadi ‘check and balance’ kepada dasar/polisi/tindakan kerajaan dalam melibatkan kedudukan Islam sebagai agama negara.
Antara isu yang hangat satu ketika dahulu ialah isu penubuhan Interfaith Commission (IFC) yang pernah digagalkan penubuhannya.
Apa Itu Interfaith Commission?
IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) – adalah sebuah suruhanjaya yang pernah dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit.
IFC berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).
Secara ringkasnya, kita menentang IFC kerana:
i. Sikap Anti-Islam Pihak Penaja IFC
ii. Isu-isu yang dibangkit tidak ada kena mengena dengan hubungan antara agama
iii. IFC/IRC akan mencabar Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan; Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia
iv. IFC akan menjadi badan yang boleh mempersoalkan hukum-hakam Islam
v. IFC akan campurtangan dalam pentadbiran Hal Ehwal Islam.
Alhamdulillah, dengan kempen umat Islam membantah IFC secara besar-besaran ketika itu, maka IFC gagal ditubuhkan.
Walaubagaimanapun, usaha-usaha menubuhkan (atau melaksanakan) IFC dengan jenama-jenama baharu sedang giat dirancang oleh puak-puak tertentu, dengan mengangkat slogan-slogan seperti ‘rahmatan lil alamin’ dan sebagainya.
Bantu PEMBELA dengan menyumbang ke pautan: www.billplz.com/PEMBELAInfaq atau bank in ke nombor akaun yang tertera.
Tuliskan maklum balas atau komentar
You should Sign Up account to post comment.
or