Masihkah anda ingat lagi tuntutan-tuntutan NGO-NGO liberal di Persidangan proses Universal Periodic Review – Semakan Berkala Sejagat berkaitan isu hak asasi manusia Malaysia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland hampir 10 tahun yang lalu?
NGO-NGO liberal yang pro kebebasan tanpa batas dan hak asasi melampau telah menubuhkan sebuah pakatan sesama mereka dengan sokongan dan bantuan beberapa NGO dan badan asing telah mengemukakan beberapa tuntutan terhadap Malaysia dalam sidang ini.
Antara yang dituntut ialah hak yang membenarkan Muslim untuk murtad, membenarkan penyebaran Syiah dan ajaran-ajaran sesat, seks songsang dan sebagainya.
NGO-NGO Islam dan para tokoh Muslim terutamanya yang bersama gabungan PEMBELA, yang peka dengan implikasi dan kesan serius daripada sidang ini telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah badan khas bernama Muslim-UPRo (Muslim-Universal Periodic Review Organisation) untuk menyanggah desakan NGO pro kebebasan tanpa batasan ini pada ketika itu.
Seramai 17 orang wakil M-UPRo ini ke Geneva, Switzerland (dengan tanggungan sendiri) untuk membersihkan nama Malaysia daripada hasutan-hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab di persidangan UPR di United Nations pada waktu itu.
Alhamdulillah, sehingga kini mereka gagal menekan negara melalui tekanan antarabangsa sehingga pemerintah negara tunduk. Namun, usaha mereka tidak pernah berhenti dengan pelbagai cara dan pendekatan. Antaranya ialah usaha meratifikasi ICERD yang juga telah digagalkan oleh PEMBELA, rakyat marhaen, dan parti-parti politik Melayu.
Kita tidak tahu apakah lagi rencana puak-puak ini pada masa hadapan tetapi kita perlu sentiasa bersedia. Pastinya ini memerlukan dana yang kuat untuk melangkah dengan lebih gagah. Maka, kami membuka peluang untuk anda menyumbang sedikit wang untuk membantu kami.
Salurkan sumbangan di pautan: https://www.billplz.com/PEMBELAInfaq
Tuliskan maklum balas atau komentar
You should Sign Up account to post comment.
or