PETALING JAYA, 23 Jun 2021 – Hari ini beberapa orang lagi ahli jawatankuasa PEMBELA dipanggil oleh pihak polis yang dikatakan untuk menyiasat mengenai isu Tabung Kilat Membela Rider Bela Kalimah Allah.
Sebelum ini, beberapa ahli jawatankuasa PEMBELA termasuk Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya telah dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat.
Bagi pihak PEMBELA, kami berasa hairan kerana seolah-olah isu sumbangan inilah menjadi isu utama dan menjadi fokus pihak polis padahal selama ini tidak menjadi apa-apa isu pun jika ingin membuat kutipan awam (crowdfund).
Pada PEMBELA dan di mata masyarakat, isu penghinaan kepada Agama sepatutnya menjadi fokus bagi pihak keselamatan kerana ia jelas menjadi sebab kegusaran dan kemarahan umat.
Anggota PEMBELA yang dipanggil rata-ratanya ada banyak lagi pekerjaan lain, termasuk karier peribadi dan projek-projek masyarakat yang pastinya akan tergendala.
Semestinya dipanggil untuk siasatan untuk sesuatu yang tidak perlu adalah suatu beban bagi mereka kerana ada yang perlu datang dari tempat yang jauh serta melapangkan masa yang agak lama dalam hari tersebut untuk berjumpa pihak polis.
Walaubagaimanapun, ini tidak sedikitpun melunturkan semangat PEMBELA untuk terus berjuang membela nasib orang-orang Islam di negara kita. Inilah asam garam perjuangan.
PEMBELA sudah menegaskan kutipan dan agihan dibuat secara telus bersama dengan Persatuan Penghantar P-Hailing (PENGHANTAR).
Tuliskan maklum balas atau komentar
You should Sign Up account to post comment.
or