KUALA LUMPUR, 4 FEBRUARI 2021 – Timbalan Pengerusi PEMBELA, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memohon rakyat Malaysia mendoakan kemenangan perundangan syariah dalam kes Rosliza Ibrahim yang memohon perisytiharan bukan seorang beragama Islam.
“Saya nak maklumkan esok jam 9 pagi akan ada keputusan di Mahkamah Persekutuan kes Rosliza yang memohon perisytiharan bukan seorang beragama Islam. Mohon semua mendoakan semua kemenangan kepada perundangan syariah.”, katanya.
Datuk Zainul Rijal yang juga merupakan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim (PPMM) merupakan antara peguam yang terlibat secara langsung dalam kes ini memaklumkan bahawa keputusan mahkamah ini akan dilakukan secara maya (online) yang dikendalikan oleh Mahkamah Persekutuan.
Terdahulu, kes ini telah dibicara pada 16 Disember 2020 dan Mahkamah Persekutuan bakal mengumumkan keputusan bagi rayuan seorang wanita supaya beliau diisytiharkan sebagai penganut Buddha dan bukan seorang beragama Islam pada 5 Februari 2021.
Berita ditulis oleh Media PEMBELA
Tuliskan maklum balas atau komentar
You should Sign Up account to post comment.
or