Keengganan Majlis Gereja untuk menyertai dialog secara ilmiah bersama ilmuan-ilmuan Islam di Malaysia ini sebenarnya satu indikator kuat bahawa ada sesuatu yang disembunyikan.
Seolah-olah mereka tidak mahu ada sesuatu yang terbongkar dengan lebih dalam lagi. Apatah lagi jika ada strategi mereka terdedah.
Mengapakah Majlis Gereja ini terlalu senyap padahal merekalah badan atau institusi autoriti bagi agama Kristian? Isu-isu lain yang tiada kaitan pandai pula mereka berbunyi.
Jika mereka inginkan kententeraman dan keharmonian seperti yang selalu dicanang-canangkan, mereka pasti akan pantas menolak penyalahgunaan kalimah Allah ini atau sekurang-kurangnya memberikan penjelasan umum.
Atau sebenarnya mereka sebenarnya takut untuk berhujah secara ilmiah walaupun di dalam dialog tertutup? Atau sebenarnya masih terkial-kial ‘mengumpul hujah’?
Kita mahu berdialog secara tertutup sahaja, belum lagi ajak berdialog secara terbuka dan jauh sekali berdebat. Maka tidak perlulah takut.
Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
21 Mac 2021
Tuliskan maklum balas atau komentar
You should Sign Up account to post comment.
or