Kempen Membela Muslim Miskin Bandar diteruskan lagi dengan operasi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sekitar PPR Gombak Setia.
Kali ini, kita memfokuskan ziarah dan serahan kepada golongan keluarga asnaf, ibu tunggal dan OKU yang tinggal di kawasan ini dengan kerjasama NGO tempatan dan persatuan penduduk.
Operasi serahan bantuan kali ini diketuai oleh Sdr. Aizat Rahimi selaku Ketua Belia PEMBELA dan Sdr Imran selaku Timbalan Setiausaha Agung PEMBELA yang juga disertai oleh ahli Jawatankuasa ISMA Gombak, Sdr Suria Affendi dan Sdr. Faiq Naqiuddin selaku Ketua Komuniti ISMA Gombak.
Alhamdulillah, di setiap rumah kita pergi tadi, kita turut berdoa agar diberi kesejahteraan dan dimurahkan rezeki untuk para penyumbang dan para sukarelawan selain mempermudahkan segala urusan penerima sumbangan ini.
Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang terlibat dalam operasi dan kempen ini. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik di bandar yang hidup serba kekurangan.
Tuliskan maklum balas atau komentar
You should Sign Up account to post comment.
or